Nadi X Esukan: Kelas Pensijilan - Kawalan Emosi Dan Mental Juara
28 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27/04/2025 bersamaan hari Ahad, Kelas Pensijilan - Kawalan Emosi dan Mental Juara melalui Portal NADI e-Sukan telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan kawalan emosi serta pembangunan mental yang mantap dalam kalangan pemain e-sukan, sekali gus melahirkan atlet digital yang lebih bersedia dari segi psikologi dan disiplin.
Aktiviti Utama:
- Emosi dalam E-Sukan
- Teknik Kawalan Emosi
- Bina Sikap dan Mental Juara
- Latihan dan Habit Harian
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami peranan emosi dalam permainan kompetitif, membentuk minda yang kuat dan sikap positif, serta membina tabiat harian yang menyumbang kepada kestabilan mental dan kecemerlangan jangka panjang dalam e-sukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: